Click me for more info!!



Thursday, June 3, 2010

melepaskan yang berlalu & teruskan kehidupan

Kehilangan seseorang yg disayangi? Patah hati? Hadapi waktu sukar? Adakah anda mangsa sesuatu kejadian silam? Kenapa? Yg berlalu telah pun berlalu. Ada pelbagai cara utk mengatasi dan teruskan kehidupan. Anda perlu teruskan kehidupan atau masa silam anda akan menguasai hidup dan masa depan anda. Belajar utk menguasai kehidupan anda. Anda layak utk bahagia. Lepaskan kebimbangan. Lepaskan segala kelukaan. Lepaskan dan serahkan kepada tuhan. Dgn cara begini, belajar bagaimana utk melepaskan yg berlalu dan teruskan kehidupan!

♥ Langkah pertama:
Selami. Selami perasaan anda. Menangis. Menjerit. Berteriak. Luahkan. Berdoa. Rasa muram jika anda sdg muram. Yg perlu adalah utk tidak mengelak atau menafikan perasaan anda kerana itu hanya akan memburukkan keadaan. Rasa sedih jika anda sdg sedih. Rasa marah jika anda sdg marah. Rasa kelukaan anda. Rasa. Mandi utk menyejukkan diri dan nangis. Luahkan kepada sahabat anda dan nangis. Berjumpa pakar dan nangis. Menangis adalah baik dan salah satu cara meluahkan rasa yg mungkin terbuku. Kongsi perasaan anda dgn tuhan. Kongsi perasaan anda dgn orang-orang yg menyayangi anda. Tidak ada salahnya utk meluahkan apa yg anda rasa melalui emosi. Rasai utk diri anda. Rasai dan lepaskan yg berlalu dan teruskan kehidupan!

♥ Langkah kedua:
Beri kemaafan. Beri kemaafan bagi mereka yg telah melakukan kesilapan terhadap anda. Beri kemaafan bagi diri anda jika anda telah lakukan kesilapan. Kemaafan adalah kunci utk teruskan kehidupan dari terbelenggu oleh masa silam. Memaafi tidak bererti anda dapat lupakan tetapi jika anda tidak memaafi, anda tidak mungkin dpt teruskan kehidupan. Maafkan diri anda sendiri. Maafkan diri anda jika anda tidak ada waktu ketika seseorang memerlukan. Maafkan diri anda bagi setiap kata-kata yg terungkap yg tidak terniat. Maafkan mereka yg tidak memberi anda peluang. Maafkan mereka bagi setiap apa yg mereka lakukan ke atas anda. Maafkan diri anda. Maafkan dan lepaskan yg dah berlalu dan teruskan kehidupan!

♥ Langkah ketiga:
Terima. Terima yg telah berlalu seadanya. Terima apa yg telah pun berlaku. Terima kehilangan. Terima kelukaan. Terima kekecewaan. Menerima adalah kunci utk teruskan kehidupan dari terus terbelenggu oleh masa silam. Anda sdg dlm proses utk membebaskan diri anda dgn menerima apa yg tidak dapat anda ubah. Yg telah berlalu mengajar dan memberi pengalaman. Yg berlalu telah pun berlalu. Anda sdg berada di masa kini dan perlu teruskan kehidupan demi masa depan. Terima kekecewaan, rasa malu, patah hati utk merawat dan memulihkan diri anda semula. Terima segalanya demi kebaikan diri anda sendiri. Terima dan lepaskan yg berlalu dan teruskan kehidupan!

♥ Langkah keempat:
Teruskan kehidupan. Teruskan kehidupan tanpa rasa bimbang. Teruskan kehidupan tanpa ada penyesalan. Teruskan kehidupan demi perkara-perkara yg telah hilang. Teruskan kehidupan dgn harapan akan sesuatu yg baru. Teruskan kehidupan dgn keyakinan yg positif. Teruskan kehidupan adalah kunci utk melepaskan yg berlalu. Teruskan kehidupan dgn penuh kebahagiaan. Teruskan kehidupan dgn penuh makna. Teruskan kehidupan agar anda dpt menghulurkan bantuan bagi mereka yg bakal melalui pengalaman yg serupa. Meneruskan kehidupan yg indah tidak bererti sesuatu yg berlalu tidak berlaku. Teruskan kehidupan atas sebab tuhan telah berikan anda peluang utk masih hidup. Teruskan. Jgn pernah putus asa. Teruskan kehidupan utk diri anda sendiri. Teruskan kehidupan dan lepaskan yg berlalu!

** Hakmilik RW **
**credit to rahsia wanita**

5 comments:

Unknown said...

aku tak boleh nak ikut step tersebut, jadi bagaimana?

Haiza said...

usaha lagi... dan cuba lagi..

Unknown said...

aku suke sgt entry ni..suke kuasa 1000000000000 jutaaaaaaaa..haa ko kiraa

nik comel said...

byk step aku skip.. camne tu???

Haiza said...

noni nombor ko nye kuasa tu kalo tekan kat calculator pon leh letop.. mmg x muat la masuk calculator..

nik, xle skip.. sila mula dr step pertama semula